KUCHING: Masjid India Bandar Kuching akan dirasmikan pada 1 Mac ini oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Masjid berkenaan yang terletak berdekatan Jambatan Darul Hana merupakan ikon baharu bandar raya ini.
Menurut surat undangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid/Surau di sini, empat orang ahli jawatankuasa berkenaan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian itu.
Perasmiannya dijangka diadakan pada sebelah malam.
Masjid itu, seperti juga jambatan dijangka menjadi daya tarikan baharu bandar Kuching.
Pembinaan masjid itu dimulakan pada 2016 bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam di bandar raya ini.
Ia bagi menggantikan Masjid India di Jalan Gambir di sini yang terletak di lorong unik kerana saiz lorong yang kecil dan sempit.
Kredit: Sarawak Voice
No comments:
Post a Comment