Thursday, April 4, 2019

CEDERA DILIBAS OBJEK TAJAM


KUCHING: Kegembiraan seorang lelaki yang meraikan kepulangannya dari perantauan bersama rakan-rakannya tidak berpanjangan apabila mereka diserang sekumpulan lelaki di Kampung Panglima Seman dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa, 22, semasa kejadian berkumpul bersama rakan-rakannya di lokasi kejadian untuk meraikan kepulangannya yang bekerja di Semenanjung Malaysia dan kini sedang bercuti.

“Tiba-tiba mereka diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan objek tajam.

“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terkena libasan objek tajam di bahagian belakang badannya sebelum ditinggalkan suspek yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa kemudian dibantu oleh rakan-rakannya sementara menunggu ketibaan anggota paramedik di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa untuk siasatan lanjut.

Kredit: Utusan Borneo

Tuesday, April 2, 2019

SIK KENAL MAKA SIK CINTA: KENALI CIRI-CIRI KANAK KANAK AUTISME

Sik Kenal, Maka Sik Cinta...
Sebagai tanda sokongan terhadap Program Semarak Biru "Light It Up Blue" sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019 pada hari ini 2 April 2019 (Selasa), admin nak madah betapa pentingnya kita sebagai masyarakat untuk tauk giney ciri-ciri kanak-kanak autisme.
.
Apakah kepentingan untuk masyarakat mengenali ciri ciri kanak kanak autisme?
 Supaya masyarakat dapat memahami situasi kanak kanak ini dan membantu dan memberikan sokongan kepada keluarga;
 Membantu untuk mengenal pasti kanak kanak ASD dan menasihatkan keluarga untuk mendapatkan rawatan lanjut.
.
Dibawah ini (berbentuk ilustrasi) adalah ciri-ciri kanak-kanak autisme:




Kredit: Public Health Malaysia